Thursday, July 15, 2010


Salam sekapur sireh buat Pn. Suhaila dan rakan-rakan sekalian,

atas kesedaran nilai insan yang syumul

kami telah bersepakat untuk memilih topik 'penderaan'

sebagai subjek diskusi di medan penulisan ini.

Diharapkan ianya dapat meluaskan horizon pemikiran dan

memberi manfaat serta iktibar kepada kita semua.

Monday, July 12, 2010

PENDERAAN, hukuman yang tak berpenghujung.

Ibarat pelangi yang tercalar dek gerimis,

begitulah sirnanya warna kehidupan pada wajah si mangsa,

terus-terusan gementar pada hentakan langkah kasar sang pemangsa.


Rakan-rakan sekalian,,



Penderaan bukanlah fenomena luar biasa,

namun perhatian dan pencegahan bagi merawat

kebejatan sosial ini kian suram.



Entah mengapa permasalahan ini dipandang enteng

sedangkan ianya mampu meragut sebahagian inteligensia

dari menikmati kehidupan yang selayaknya setiap insan miliki.



Mungkinkan sikap bersilengah semakin menyelaputi hati individualistik,

menghakis ihsan pada tangkai naluri masyarakat konvensional hari ini. video

Tulisan rintih mementaskan derita yang bercerucuk sejarah hiba

pada semua media turut tidak dapat membela nasib mangsa dera ini.

OLEH : NUR ZALFATUL ELMIZA BT MAZLAN

199619

Sunday, July 11, 2010

TITIK HITAM DALAM KEHIDUPAN












CONTOH-CONTOH KES


Kes 1: Tiga adik beradik perempuan berusia 13, 15 dan 17. Dua dicabul sementara kakak mereka menjadi mangsa dera seksual daripada usia 10 tahun. Pelakunya ialah bapa merekasendiri.

Kes 2: Kanak-kanak lelaki dan perempuan (adik beradik), ditinggalkan ibu mereka di padangpermainan. Keluarga ini diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa. Ayah merekasudah lama menghilangkan diri.

Kes 3: Pekerja seks kanak-kanak. Seorang kanak-kanak perempuan di'langgani' lelaki semasaibu bapanya keluar bekerja.

Kes 4: Remaja belasan tahun, anak pelarian, dipaksa bapanya untuk menjual tubuhnya bagimendapatkan wang untuk si bapa.

Kes 5: Kanak-kanak lelaki yang didera teruk secara seksual semasa merempat di jalanan.

Kes 6: Kanak-kanak lelaki yang didera secara fizikal dan mental oleh ibunya yang sentiasamahukannya mendapat keputusan A dalam peperiksaan.

Senarai penderaan kanak-kanak di atas mungkin tiada penghujungnya tetapi yang dipaparkanialah antara kes kanak-kanak yang terdapat di Shelter, sebuah pertubuhan kebajikan berdaftarberpejabat di Petaling Jaya.


JADUAL 1. Jenis kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak
mengikut umur yang ditemui oleh pasukan SCAN
Hospital Kuala Lumpur tahun 1985-1996

OLEH : MUHAMMAD ARIF B. ZAKARIA

206855

Saturday, July 10, 2010

JENIS - JENIS PENDERAAN




- Penderaan Psikologi dan Emosi


Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah seseorang boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan serta keupayaan mangsa mengawal kehidupan sendiri.

- Penderaan Fizikal

Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum dan tidur juga satu bentuk penderaan fizikal.



- Penderaan Seksual


Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.


- Penderaan Sosial


Penderaan berbentuk ini sering berlaku dalam rumah apabila seseorang seperti suami atau isteri sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.


- Penderaan Kewangan

Seorang yang dihalang daripada mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan daripada aspek kewangan.



OLEH : NURSYUHADA BT. ABDULLAH

199584



Thursday, July 8, 2010

MANGSA-MANGSA DERA


Rentetan paparan di dada akhbar membuatkan saya mengeluh panjang. Perihal penderaan semakin meningkat dari hari ke sehari. Malangnya, hal ini bukan sahaja melibatkan golongan kanak-kanak, malahan turut melibatkan golongan dewasa seperti wanita, isteri, pembantu, pekerja, golongan bawahan dan sebagaimya.

Manakala ibu bapa, majikan, suami, dan individu yang berkenaan pula lebih cenderung untuk mendera. Kesimpulannya, penderaan sering melibatkan golongan berpengaruh yang sering mengambil kesempatan ke atas golongan yang lemah.

OLEH : SITI AISYAH BINTI ZAKARIA

203564

Tuesday, July 6, 2010

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENDERAAN









Ø KURANGNYA PENERAPAN NILAI-NILAI AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM DIRI.
NILAI AGAMA YANG SENIPIS KULIT BAWANG MENYEBABKAN INDIVIDU YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN INI SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA BAGI MELEPASKAN RASA TERBUKU DI HATI WALAUPUN MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA ORANG LAIN.KEHAKISAN NILAI-NILAI INI DALAM DIRI MEMBUTAKAN HATI MANUSIA UNTUK MENILAI SESUATU PERKARA ITU.

Ø MASALAH KEWANGAN
MASALAH INI MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN INSTITUSI RUMAH TANGGA.SUMBER KEWANGAN INI AMAT PENTING PADA MASA KINI KERANA SETIAP PERKARA MEMERLUKAN WANG.KEKANGAN KEWANGAN INI YANG MENYEBABKAN INSTITUSI RUMAH TANGGA ITU AKAN PORAK- PERANDA.SELAIN ITU,BEBANAN
HUTANG JUGA MENYEBABKAN KERETAKAN DALAM RUMAH TANGGA.HUTANG YANG TERTUNGGAK MENIMBULKAN KERUNSINGAN PADA SUAMI DAN ISTERI

Ø MASYARAKAT YANG MEMENTINGAKN DIRI SENDIRI DAN KURANG PEKA TERHADAP KEADAAN SEKELILING.
MASYARAKAT KINI HANYA MAMPU MEMANDANG KOSONG KEJADIAN PENDERAAN TANPA BERBUAT APA-APA WAIMA BERLAKU DI DEPAN MATA.SIKAP TIDAK AMBIL PEDULI DAN TIDAK MAHU DIANGGAP MENJAGA KE TEPI KAIN ORANG MENYEBABKAN MASALAH INI TERUS MENINGKAT BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN.

Ø SEJARAH LAMPAU SESETENGAH IBU BAPA YANG DIBESARKAN DENGAN KEKERASAN.
SESETENGAH IBU BAPA MEMPRAKTIKKAN PENDEKATAN KEKERASAN INI UNTUK MENDIDIK DAN MEMUPUK DISIPLIN YANG TINGGI PADA ANAK-ANAK.HAL INI MENYEBABKAN PENDEKATAN INI ADALAH PERKARA NORMAL BAGI MEREKA.HUKUMAN YANG BERAT DIKENAKAN OLEH MEREKA DAPAT MEMBERIKAN PENGAJARAN KEPADA ANAK-ANAK SUPAYA TIDAK MENGULANGI KESILAPAN YANG SAMA.

Ø KELALAIAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN TANGGUHJAWAB MENJAGA ANAK-ANAK KEPADA ORANG LAIN KHUSUSNYA PEMBANTU RUMAH.
ZAMAN YANG SERBA MODEN INI,MAJORITI IBU BAPA ADALAH GOLONGAN YANG BEKERJA.KESIBUKAN BEKERJA MENYEBABKAN URUSAN RUMAH TANGGA DISERAHKAN BULAT-BULAT KEPADA PEMBANTU RUMAH.KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN MAJIKAN KEPADA PEMBANTU RUMAH MENYEBABKAN MEREKA ‘NAIK TOCANG’ DENGAN MELAKUKAN APA-APA SAHAJA KEPADA ANAK-ANAK YANG DITINGGALKAN DI RUMAH.



OLEH : NOR ASHIKIM BT. ABDUL MOKTI
203575

Monday, July 5, 2010

KESAN-KESAN penderaan terhadap mangsa





1) PENDERAAN FIZIKAL
-meninggalkan kesan parut yang berpanjangan
-menjadi murung atau suka menyendiri
-berasa takut dengan masyarakat sekeliling


2) PENDERAAN PSIKOLOGI
-mengakibatkan trauma pada mangsa
-menghadapi tekanan perasaan dan masalah mental seperti :


*bunuh diri
*gila





3) PENDERAAN SEKSUAL
-takut untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling
-menganggap orang sekeliling sama dengan si pelaku
-berkemungkinan terjebak dengan masalah sosial yang lain seperti :
*bohsia
*pengkid
*rempit
*pelacuran


OLEH : MUHAMMAD SHAZWAN B. TAZALI
204000

Sunday, July 4, 2010

BADAN BERTANGGUNGJAWAB


TALIAN BANTUAN


  • Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488

  • Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang) 04-228 0342

  • All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224

  • TELEDERA 1-800-883040

  • BEFRIENDERS 03-7956 8144

  • P.S. The Children 03-74931303

OLEH : ZULKIFLI B. NAFI
203944

Saturday, July 3, 2010

PERANAN MASYARAKAT.

AHLI KELUARGA
  • Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak .
  • Kenal-pasti tanda-tanda penderaan .
  • Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi.

Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat

  • Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The Children, MCRI
  • Memahirkan diri dengan khidmat bantuan.
  • Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.
  • Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.

Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti

  • Laksanakan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat.
  • Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya pengendalian pendedahan.
  • Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti.
  • Laksanakan Polisi Perlindungan.
  • Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan.

Media

  • Didik orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap.
  • Bersikap sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan.
  • Jangan mengambil gambar atau menemu ramah mengsa penderaan.
  • Hentikan tumpuan terhadap kisah mangsa.
  • Buat susulan terhadap kes yang telah disiarkan.
  • Sokong kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.

Organisasi Keagamaan

  • Adakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual,fizikal, dan sebagainya .

Rumah Anak Yatim, Pusat Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa

  • Latih kakitangan tentang penderaan dan teknik pemulihan, perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak.
  • Laksanakan Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak.
  • Sokong konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak.


OLEH : TEY YEE XUAN

206884

Friday, July 2, 2010

PERBINCANGAN MENGENAI HUKUMAN TERHADAP PENDERA


Cadangan Hukuman Mati Mandatori terhadap Perogol Kanak-kanak bukan untuk kepentingan utama kanak-kanak

Hukuman mati mandatori mungkin merendahkan bilangan laporan mengenai kejadian rogol kanak-kanak.

Hukuman mati yang akan dikenakan akan mencegah mangsa kanak-kanak dan orang di sekelilingnya untuk membuat laporan. Perogol boleh menggunakan maklumat ini untuk mengugut atau memanipulasi kanak-kanak untuk berdiam diri. Pemindahan beban kepada kanak-kanak supaya ia bertanggungjawab terhadap kemungkinan kematian seseorang yang berada dalam kedudukan yang dipercayai sesungguhnya tidak adil dan membantut proses pemulihannya dengan trauma yang berterusan. Penyelidikan menunjukkan bahawa jika mangsa kanak-kanak menyedari bahawa pelakunya akan dijatuhkan hukuman mati, kesan ke atasnya adalah amat mengerikan. Hukuman mati terhadap jenayah rogol kanak-kanak adalah tidak produktif dan tidak membawa kepada keadilan yang sebenar kepada mangsa kanak-kanak.

Syor penjara seumur hidup, sebat ke atas pesalah sumbang mahram

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mencadangkan agar hukuman penjara seumur hidup dan sebatan dikenakan sebagai alternatif kepada cadangan hukuman mati ke atas pesalah sumbang mahram dan rogol melibatkan mangsa di bawah umur 16 tahun.

Menurut Seksyen 31(1) (a) Akta kanak-kanak 2001 yang mengenakan denda sehingga RM 20,000 atau penjara 10 tahun dan sebatan dalam kes dera.Sekiranya menyebabkan kematian kes akan dirujuk berdasarkan kes bunuh 302 Kanun Keseksaan, hukuman gantung sampai mati akn dilaksanakan. Jika bunuh tanpa sengaja, kes akan dirujuk berdasarkan Seksyen 304, Kanun Keseksaan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun akan dilaksanakan.


OLEH : K'NG HUI JUN

206856

Thursday, July 1, 2010

KESIMPULANnya..


Tuntasnya, penderaan merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman, bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan ini. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberi rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu kefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40 jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses rawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala.

OLEH : NOR FARHANA BT. ABDULLAH HALIM

201180