Thursday, July 1, 2010

KESIMPULANnya..


Tuntasnya, penderaan merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman, bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan ini. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberi rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu kefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40 jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses rawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala.

OLEH : NOR FARHANA BT. ABDULLAH HALIM

201180

No comments:

Post a Comment